Fitch Ratings Menjangkakan Perkembangan Industri Pembiayaan Islamik Malaysia Sederhana pada 2023 tetapi Melebihi Pencapaian Industri Bank Konvensional
Fitch Ratings meramalkan perkembangan pembiayaan Islamik Malaysia dijangka perlahan pada 2023 disebabkan oleh kadar pembiayaan lebih tinggi yang boleh mengurangkankan permintaan produk pembiayaan Islamik. Walaubagaimanapun, agensi penarafan itu menjangkakan bahawa kadar perkembangan akan mengatasi bank konvensional, kerana ia adalah hasil daripada linkungan regulasi kewangan negara yang menyokong dan ekosistem kewangan Islamik, serta peralihan ke arah perkhidmatan patuh Syariah.
Malaysia telah melihat perkembangan industri pembiayaan Islamik ke paras tertinggi dalam masa lima tahun iaitu sebanyak 13% pada 2022, yang didorong oleh peningkatan berterusan dalam pinjaman modal kerja dan sektor perumahan. Hasilnya, pembiayaan Islamik menyumbang 41% kepada jumlah pinjaman sistem perbankan negara, yang telah meningkat daripada 38% pada 2021. Ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran perbankan Islam ketiga terbesar di dunia. Selain itu, Malaysia mempunyai pasaran sukuk yang kuat, dengan sukuk membentukkan sekitar 64% daripada terbitan tertunggak tempatan pada akhir November 2022.
Walaupun pasaran mempunyai kadar yang lebih tinggi dan kesederhanaan dalam pertumbuhan ekonomi dijangka akan menjejaskan momentum dan kualiti pembiayaan bank Islamik pada 2023. Fitch Ratings juga percaya sebarang kemerosotan kualiti aset akan dapat diuruskan dengan tahap peruntukan yang mencukupi dan ekonomi yang masih sedang berkembang. GDP negara diramalkan berkembang sebanyak 3.5% pada tahun 2023.
Tahap modal bank Islamik masih kekal sihat, dengan nisbah sistem ekuiti biasa Tahap 1 sebanyak 14.2% pada akhir 2022. Keadaan pendanaan mungkin lebih rendah tahun ini, kerana bank pusat Malaysia mengurangkan pengetatan monetari dan pertumbuhan pembiayaan yang sederhana.
Secara keseluruhannya, sektor kewangan Islamik Malaysia kekal teguh, dengan prospek pertumbuhan yang kukuh dan persekitaran yang menyokong. Keupayaan industri untuk mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar memberi petanda baik untuk kemampanan jangka panjang dan potensi pertumbuhannya.
Klik sini untuk baca dengan lebih lanjut http://www.fitchratings.com/research/banks/malaysia-islamic-financing-growth-to-continue-outperforming-conventional-banks-09-02-2023