APA ITU CCRIS? APA TUJUAN? APA KAITAN CCRIS DENGAN BLACKLIST?

Central Credit Reference Information System atau lebih dikenali sebagai CCRIS atau ccris report ialah satu sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) yang memaparkan maklumat kredit atau segala jenis rekod permohonan dan gambaran penuh kesihatan kewangan seseorang individu atau peminjam.

Maksud di sini ialah, orang yang pernah membuat pembiyaan atau berpotensi untuk membuat pembiyaan , maklumat anda akan dipaparkan ke dalam satu sistem. Maklumat ini boleh diberikan kepada institusi kewangan seperti bank atau individu tertentu atas permintaan.

Malah, anda juga boleh pergi sendiri ke Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta maklumat CCRIS anda atau semak sendiri di kiosk layan diri. Penting untuk anda semak laporan CCRIS dan dapatkan laporan CCRIS bagi menentukan permohonan pembiyaan  anda lulus atau pun ditolak.

Terdapat 3 kategori utama dalam CCRIS:

1)  PembiayaanTerkumpul – pembiyaan terkumpul ialah berapa banyak jumlah pembiyaan anda. Contohnya seperti pembiyaankereta, perumahan, kad kredit, overdraft, sewa beli, pembiyaan perbadi dan lain-lain.

2)   Akaun Perhatian Khas – Dianggap sebagai Pembiyaan Tidak Berbayar atau singkatannya Nonperforming Loan (NPL) atau pun hutang yang dikategorikan di bawah pengurusan atau pemantauan hutang khas. Sebagai contoh, jika anda pernah berjumpa atau mendapat rundingan khas dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).

3)   Permohonan Pembiyaan atau kemudahan kredit yang dibuat dalam masa setahun yang lalu – CCRIS akan memaparkan sebarang pembiyaan atau permohonan pada tahun tersebut, berapa banyak yang diluluskan atau tidak diluluskan.

Apa kaitan CCRIS dengan blacklist?

Bagi sesetengah orang, mereka tidak faham atau mungkin salah faham dengan apa itu CCRIS. Mereka berfikiran bahawa CCRIS tergolong dalam senarai hitam atau blacklist. Itu tidak betul sama sekali. CCRIS hanya satu sistem yang menunjukkan maklumat kredit anda iaitu sejauh mana anda pembayar hutang yang baik atau tidak.

Konsep blacklist atau senarai hitam dalam laporan CCRIS ini dikaitkan seperti gambaran umpama peminjam yang duduk dalam tahanan atau kurungan sementara dan perlu melalui saringan tertentu selagi ada hutang tertunggak yang belum lagi selesai. Dalam konsep ini, CCRIS adalah saringan yang perlu dilalui oleh peminjam sebelum pembiyaan bank diluluskan. Sekiranya peminjam masih mempunyai hutang tertunggak yang belum selesai, CCRIS akan menunjukkan rekod yang tidak baik.

Sistem CCRIS ini direka untuk merekod segala aktiviti peminjam sahaja, dan bukanlah menyenaraihitamkan peminjam seperti yang ramai orang fikirkan. Laporan kredit tersebut digunakan sebagai salah satu sumber bagi institusi kewangan untuk menyemak sejarah kredit peminjam bagi membolehkan mereka membuat keputusan sama ada untuk meluluskan permohonan peminjam atau tidak.

Berapa lama CCRIS disimpan?

Kebiasaanya, CCRIS akan memantau atau menjejak pembiyaan anda selama 12 bulan yang lepas. Oleh sebab itu, jika anda ingin membuat pembiyaan, perkara pertama yang pihak bank akan lihat ialah maklumat CCRIS anda seperti “berapa banyak pembiyaan yang anda sudah ambil?”, “adakah anda membayar tepat pada waktunya atau tidak?”, “adakah anda mempunyai Akaun Perhatian Khas dari mana-mana atau tidak?”

Hal ini adalah kerana jika anda mempunyai salah satu perkara di atas, ia akan memberi kesan kepada pihak bank, jadi pihak bank akan lebih berjaga-jaga dengan anda atau mungkin pembiyaan anda akan ditolak kerana bank merupakan satu bisnes entiti di mana mereka ingin menjaga keuntungan dan faedah mereka jika anda meminjam dengan mereka.

Secara ringkasnya, anda sebagai peminjam perlulah sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam membuat bayaran balik pembiyaan. Bukankah lebih baik untuk elak sebelum terkena?