Tips Pengurusan Kewangan
Tip #1: Rancang mengikut kemampuan, dan sentiasa disiplin !
Ilmu dalam merancang bajet adalah kemahiran yang paling penting demi pengurusan kewangan yang berjaya. Kewangan yang sudah dirancang rapi akan memastikan korang berjaya capai matlamat kewangan mengikut bajet, dan memberikan korang pemahaman yang menyeluruh mengenai perbelanjaan dalam semua aspek kehidupan.
Of course korang pun mesti ada komitmen dan keperluan kewangan yang berbeza kan ? So pastikan bajet korang menepati jumlah pendapatan dan gaya hidup korang okay. Walau bagaimanapun ingat, bajet yang dirancang rapi tidak akan dapat menjamin kewangan korang 100% jika ianya tidak dipatuhi dan pastikan korang disiplin okay.
Pastikan berbelanja mengikut perancangan korang, atau korang boleh ubah bajet berdasarkan status kewangan terkini untuk pastikan bajet yang dirancang adalah yang terbaik.


Tip #2: Selesaikan pembayaran kad kredit tepat pada masanya.
Semua orang tahu yang kad kredit banyak memudahkan urusan membeli tapi kalau korang nak tahu kad kredit juga boleh jadi musuh dalam selimut jika penggunaan kad kredit tidak terkawal.
Zaman sekarang ramai yang menggunakan ‘cashless’ yang memudahkan urusan kita sebab tidak perlu bawa wang tunai yang banyak TETAPI korang mesti sentiasa beringat kad kredit tersebut adalah salah satu bentuk pembiyaan yang korang perlu bayar semula.
Paling penting korang jangan berbelanja lebih daripada jumlah yang mampu dibayar okay nak tau tak sebab apa ? Sebab tabiat inilah yang akan bagi bad effects pada kewangan peribadi korang. Which is faedah akan dikenakan untuk jumlah yang belum dibayar.
Kalau korang biarkan tabiat buruk ini berterusan so jumlah faedah makin bertambahlah sampai bajet kewangan korang akan lari dari jumlah yang sepatutnya setiap bulan semata mata untuk melangsaikan bil kad kredit. Make sure korang lengkapkan pembayaran bulanan tepat pada masanya untuk mengelakkan situasi ini okay guys.
Tip #3 Sediakan dan Amalkan Tabung Kecemasan
Mehhh nak share sikit dengan korang, kita tak akan tahu bila kemalangan kecil akan jadi contohnya barang-barang peribadi kita hilang seperti telefon/ laptop atau sesuatu yang lebih buruk seperti rompakan atau penyakit kritikal boleh menimpa kita so dengan adanya tabung kecemasan yang kita amalkan atau simpan korang boleh go through this situation dengan lebih tenang.
Kita tidak akan pernah tahu apa akan jadi di masa hadapan jadi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan tau. Kalau korang belum ada tabung kecemasan, terimalah nasihat untuk jadikan ia keutamaan nombor 1 dalam matlamat kewangan korang okay.


Tip #4: Rajinkan melabur
Kalau tips ke-3 untuk tabung kecemasan kalini kita bahagikan pulak untuk PELABURAN tapi janganlah laburkan semua wang simpanan korang dalam satu jenis pelaburan. REMEMBER ! Jangan lakukan kesilapan ini tak kiralah ejen korang tu menjanjikan bulan dan bintang dengan pulangan yang banyak tak kisahlah untuk jenis pelaburan apa termasuk akaun faedah tetap, bon, saham atau hartanah.
Kalau korang melabur dengan bermacam jenis pelaburan, boleh selamatkan korang daripada kerugian semua wang simpanan jika salah satu dari pelaburan anda tidak berjaya. Korang jangan down pula tau sebab dalam pelaburan itu dah jadi adat jika ada kerugian sedikit that’s why kita perlu ada ilmu pelaburan tak banyak sikit pun okay.
Kepelbagaian pelaburan akan bantu korang kurangkan risiko kerana tiada pelaburan yang akan bagi keuntungan 100% sepanjang masa.
Akhir kalam, nak share 1 nasihat dengan korang “Mula bertanggungjawab uruskan kewangan, atau bersedia menjadi hamba duit sepanjang hidup anda.” – Robert Kiyosaki.
Good Luck and you can do it !












































