Aplikasi Kanz PaydayNow Xanderia Dilancarkan Dengan Biz Suria Management Sebagai Pelanggan Pertamanya

Xanderia Services Sdn Bhd memperkenalkan produk terbaharunya, Kanz PaydayNow, aplikasi mudah alih yang menyediakan perkhidmatan “Earned Wage Access”, dengan Biz Suria Management sebagai pelanggan pertamanya. Melalui Kanz PaydayNow, kakitangan Biz Suria Management akan menikmati penggunaan perkhidmatan “Earned Wage Access” (EWA) Xanderia, membolehkan mereka mengakses gaji yang telah diperolehi dengan mudah dan segera, di mana-mana sahaja.

Aplikasi inovatif ini memberikan pekerja akses kepada 80% daripada gaji yang mereka perolehi dan menerima gaji yang diperoleh mereka yang diminta dalam masa 24 jam selepas mendapat kelulusan HR. Xanderia percaya bahawa aplikasi ini bersedia untuk menangani kekangan kewangan yang berkaitan dengan sara hidup gaji kepada gaji, menawarkan penyelesaian kepada kekurangan simpanan dengan menghapuskan keperluan untuk pekerja menggunakan simpanan mereka dalam menghadapi perbelanjaan yang tidak dijangka.

Bagi Biz Suria Management, pelaksanaan aplikasi ini memberikan kelebihan kepada syarikat kerana manfaat “Earned Wage Access” terbukti menghasilkan kesan jangka panjang yang positif. Melalui Kanz PaydayNow, syarikat tersebut akan meningkatkan tahap produktivitinya dan meningkatkan kadar pengambilan pekerja. Dengan membenarkan pekerja mengakses gaji yang mereka perolehi semasa mereka memerlukan, syarikat memberi pekereja rasa selamat dan tenang. Ini akan memebri sumbangan positig kepada budaya organisasi. Penggunaan Kanz PaydayNow akan memberi penjimatan yang besar untuk Biz Suria Management, kerana perbelanjaan yang berkaitan dengan pengambilan pekerja dan latihan pekerja akan berkurang disebabkan oleh penglibatan dan pengekalan pekerja dipertingkatkan

Secara keseluruhannya, Kanz PaydayNow bukan sekadar aplikasi mudah alih kerana ia memberikan nilai kepada pelanggannya. Kanz PaydayNow memberikan ketengangan kepada majikan dan kawalan kepada pekerja. Majikan kini tidak perlu lagi bimbang untuk memberikan permintaan gaji awal kerana Kanz PaydayNow akan menanggung bebannya. Pekerja mengawal gaji yang mereka perolehi kerana mereka boleh mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.