Program CUEPACS Sedia Bantu: Sebuah Inisiatif Untuk Mengubah Nasib Dan Hidup Penjawat Awam Melalui Penstrukturan Kewangan Peribadi

Kerjasama Xanderia Berhad dan CUEPACS telah menjanakan sebuah inisiatif berbentuk penyelesaian kekangan kewangan peribadi, program CUEPACS Sedia Bantu, yang menjanjikan impak positif terhadap kesejahteraan kewangan peribadi dan peningkatan kualiti hidup penjawat awam Malaysia. Kerjasama ini telah melaui pelancaran lunak pada 27 September 2023. Program ini akan menyediakan kemudahan kewangan sebanyak RM 100 Juta untuk penjawat awam di seluruh Malaysia manfaatkan melalui aplikasi mudah alih “Xanderia Shariah Financing” yang boleh dimuat turun secara percuma!

CUEPACS Sedia Bantu memainkan peranan sebagai platform penstrukturan kewangan kepada penjawat awam yang mengahdapi kekangan kewangan peribadi yang kritikal. Inisiatif ini merangkumi pendekatan menyeluruh, menggabungkan program celik kewangan bersama dengan pembiayaan peribadi patuh syariah digital untuk semua penjawat awam. CUEPACS Sedia Bantu juga memberikan akses kepada produk kewangan CUEPACS Prihatin, sebuah program pembiayaan peribadi patuh syariah digital yang telah direka khas untuk penyelesaian kekangan kewangan peribadi yang dihadapi oleh mereka. Melalui kerjasama ini, pihak Xanderia dan CUEPACS yakin bahawa program ini dapat mengubah masa depan penjawat awam dengan membekalkan mereka dengan ilmu kewangan dan kewangan yang telah distrukturkan.

Menjelang tahun 2024, Xanderia dan CUEPACS akan meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan dan menyebarkan kesedaran terhadap program CUEPACS Sedia Bantu di seluruh Malaysia. Pemasaran inisiatif ini akan bermula dengan acara Perhimpunan Perkhidmatan Awam 2024 di Sungai Petani, Kedah. Dengan usaha ini, Xanderia dan CUEPACS bersedia untuk memperkasakan kepentingan peribadi penjawat awam, menawarkan mereka penyelesaian kewangan peribadi bersama hala tuju ke arah masa depan kewangan peribadi yang lebih stabil dan terjamin.