Apakah Perlaburan Patuh Shariah Dan Mengapakah Ia Semakin Mendominasi Pasaran?

Sumber gambar https://www.mifc.com/-/what-is-islamic-halal-investment-and-why-is-it-on-the-rise-

Pelaburan patuh Shariah merujuk kepada amalan pelaburan yang mematuhi prinsip shariah, memastikan praktis transaksi adalah sah dari segi etika dan agama. Prinsip shariah ini melarang keterlibatan dalam transaksi berdasarkan faedah (riba), pelaburan dalam aset yang diharamkan (haram), dan transaksi yang tidak ada kepastian (gharar). Pelaburan halal beroperasi dengan model perkongsian keuntungan, insurans yang patuh shariah, dan sukuk, sijil kewangan Islam yang mewakili pegangan pemilikan. Berbeza dengan bon konvensional, pelabur sukuk menerima pembayaran keuntungan bukannya faedah, memastikan pematuhan Shariah terjaga.

Peningkatan pelaburan patuh Shariah boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Pertama, terdapat permintaan global yang semakin meningkat untuk produk kewangan patuh Shariah, didorong oleh peningkatan populasi umat Islam dan keinginan untuk pelaburan yang beretika. Generasi milenium, khususnya mempunyai kesedaran sosial yang lebih peka dan mencari pelaburan yang sejajar dengan nilai-nilai yang lebih mereka hargai. Selain itu, peristiwa seperti perang Israel di Gaza telah mendorong pengguna untuk memboikot jenama yang dilihat sebagai menyokong amalan tidak beretika, secara tidak langsung mengukuhkan permintaan untuk pelaburan patuh Shariah yang sejajar dengan nilai-nilai murni yang beretika.

Teknologi, khususnya fintech, telah memainkan peranan penting dalam kenaikan pelaburan patuh Shariah dengan menjadikannya lebih mudah diakses dan mudah diurus tadbir. Platform fintech menyediakan akses mudah sebagai satu pilihan pelaburan patuh Shariah, memanfaatkan media sosial untuk meningkatkan kesedaran di kalangan umat Islam. Pertumbuhan fintech telah mengatasi perbankan tradisional, menawarkan penyelesaian yang cekap dan telus yang disesuaikan untuk rangkaian pelanggan, terutamanya generasi muda.

Secara keseluruhan, faktor gabungan iaitu permintaan yang meningkat untuk pelaburan yang beretika, kesedaran sosial yang lebih tinggi, dan kemajuan dalam fintech telah menyumbang kepada populariti yang meningkat dalam pelaburan halal Islam. Dengan perkembangan teknologi dan kesedaran yang tersebar luas, trend ini dijangka akan berterusan, menawarkan lebih banyak peluang untuk pelaburan patuh Shariah secara global.

Baca selanjutnya di:

https://www.mifc.com/-/what-is-islamic-halal-investment-and-why-is-it-on-the-rise-