Xanderia Melancarkan Produk Pembiayaan Pengguna Patuh Syariah

Xanderia mengumumkan pelancaran produk pembiayaan pengguna patuh Syariah. Xanderia komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif dan beretika yang memenuhi keperluan pelanggannya sambil berpegang teguh kepada prinsip Islam serta mempromosikan penambahbaikan kehidupan. Produk baharu ini bertujuan untuk membantu individu dan keluarga mencapai matlamat dan aspirasi mereka ke arah “Malaysia Madani”.

Produk pembiayaan pengguna yang pertama ialah pembiayaan pakej Umrah peribadi dan keluarga. Produk ini direka untuk membantu individu dan keluarga dalam pejalanan rohani mereka dengan membiayai perbelanjaan Umrah. Pakej pembiayaan Umrah ini membiaya semua perbelanjaan yang diperlukan seperti penerbangan, penginapan, pengangkutan dan yuran visa. Produk ini sesuai untuk mereka yang ingin melakukan perjalanan rohani ini tetapi memerlukan bantuan kewangan.

Produk pembiayaan pengguna yang kedua ialah pakej pembiayaan “Home Solar” yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui sambil mengurangkan kos utiliti bulanan mereka dalam jangka panjang dan pengurangan emisi karbon isi rumah mereka. Pakej pembiayaan ini meliputi kos pemasangan panel solar, penyongsang(inverter) dan peralatan atau komponen lain yang diperlukan. Pelanggan boleh membayar balik jumlah pembiayaan secara ansuran mudah sambil menikmati tenaga bersih kos lebih rendah yang secara langsung akan meningkatkan kuasa perbelanjaan untuk individu dan keluarga.

Produk pembiayaan pengguna yang ketiga ditujukan kepada penjawat awam yang mencari peluang pendapatan sampingan lumayan untuk mereka dengan memulakan Program Keusahawanan Perniagaan Air Kangen. Produk ini direka khusus untuk membantu penjawat awam Malaysia yang ingin meningkatkan kuasa perbelanjaan mereka. Program ini menyediakan bantuan kewangan, bimbingan, modul, dan latihan untuk memulakan Program Keusahawanan Perniagaan Air Kangen, yang pastinya dapat menangani kenaikan inflasi yang boleh mmeingkatkan kos barangan harian

Produk pembiayaan pengguna yang keempat ialah pembiayaan Pengubahsuaian Rumah yang mempunyai skim jaminan penyiapan kontraktor yang pertama ditawarkan kepada pengguna. Produk ini direka untuk membantu pelanggan mengubahsuai rumah mereka dengan yakin dan mudah. Pakej pembiayaan ini meliputi kos pengubahsuaian, dan Xanderia menjamin penyiapan serta kualiti kerja yang dilakukan oleh kontraktor. 

Produk pembiayaan pengguna yang kelima ialah Pembiayaan Audio Rumah. Produk ini direka untuk memberi pelanggan pengalaman audio rumah yang diubahsuai mengikut cita rasa pelanggan dengan peralatan audio mewah pada harga yang berpatutan. Pakej pembiayaan ini meliputi kos semua peralatan yang diperlukan seperti pembesar suara, penguat audio dan aksesori lain.

Kesimpulannya, produk pembiayaan pengguna patuh Syariah baharu Xanderia adalah bukti komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang beretika dan inovatif. Produk ini memenuhi pelbagai keperluan pelanggan, daripada kewajipan agama kepada peluang perniagaan kecil dan hiburan untuk rumah. Dengan produk baharu ini, pelanggan boleh mencapai matlamat dan aspirasi mereka tanpa menjejaskan nilai dan kepercayaan mereka.