Pada 21 Januari 2024, Xanderia telah mengambil bahagian dalam jerayawara Perhimpunan Perkhidmatan Awam 2024 di Sungai Petani, Kedah, unutk mempromosikan Program CUEPACS Sedia Bantu. Peristiwa penting ini menghimpunkan penjawat awam dari seluruh Kedah, untuk mendengar pandangan daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato' Dr Adnan bin Mat terhadap kedudukan kewangan penjawat awam di Malaysia.
Semasa Perhimpunan Perkhidmatan Awam 2024 Negeri Kedah 2024 di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani, Dato' Dr Adnan Bin Mat memberi ucapan dalam menjelaskan isu mengenai ketidakcukupan gaji penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Penyertaan Xanderia dalam jerayawara Perhimpunan Perkhidmatan Awam 2024 menandakan penglibatan mereka terhadap kesejahteraan penjawat awam dalam menyediakan penyelesaian terhadap cabaran kewangan mereka. Program CUEPACS Sedia Bantu berfungsi sebagai platform untuk penstrukturan semula kewangan khusus untuk penjawat awam Malaysia. Melalui program ini, penjawat awam akan dapat meneroka penyelesaian kewangan dan memperoleh pengetahuan celik kewangan yang akan menambah baik kesejahteraan kewangan mereka dalam jangka masa panjang.
Dato' Dr Adnan menegaskan keperluan segera untuk kenaikan gaji serta menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera. Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bahar perlu ditunggu unutk perlaksanaan sepenuhnya suapa tidak memberi tekanan tambahan kepada kewangan penjawat awam. CUEPACS mencadangkan kenaikan gaji RM300, yang boleh diselaraskan sebaik sahaja sistem SSPA baharu siap. Dato' Dr Adnan juga member cadangan untuk mempertimbangkan elaun khas untuk menangani masalah kewangan segera penjawat awam buat sementara waktu.
Kesimpulannya, penglibatan aktif Xanderia dalam Perhimpunan Perkhidmatan Awam 2024 menunjukkan komitmen mereka untuk menangani cabaran kewangan yang dihadapi oleh penjawat awam Malaysia. Kerjasama dengan CUEPACS dan aktiviti promosi Program CUEPACS Sedia Bantu menunjukkan dedikasi bersama untuk mencari penyelesaian segera demi kesejahteraan penjawat awam. Usaha kolektif Xanderia dan CUEPACS bertujuan untuk membuka jalan ke arah masa depan yang lebih terjamin dari segi kewangan bagi penjawat awam di Malaysia.
LOKASI KAMI
17-1 Menara Q Sentral
No 2A, Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur, Sentral 50470
E-MEL
NOMBOR TELEFON
1-300-88- 9945
+60 19-338 9945
TENTANG XANDERIA
POLISI & NOTIS
PAUTAN PANTAS
Klik sini untuk muat turun:
- Lembaran Pendedahan Produk (PDS)
- Soalan-soalan Lazim (FAQ)