CUEPACS Sedia Bantu Telah Tiba Di Seremban!
Dalam usaha meningkatkan kestabilan kewangan para penjawat awam Malaysia, Xanderia dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Perkhidmatan Sivil (CUEPACS) telah meneruskan program pertemuan dengan penjawat awam yang berupakan para ahli CUEPACS di Seremban, Negeri Sembilan. Program yang diporomosikan dalam majlisPerhimpunan Perkhidmatan Awam adalah program CUEPACS Sedia Bantu yang bertujuan untuk membantu penjawat awam mengatasi cabaran kewangan melalui pendidikan kewangan dan penstrukturan semula kewangan peribadi mereka. Program ini menekankan komitmen Xanderia dan CUEPACS terhadap pemulihan dan kestabilan kewangan para penjawat awam yang akan dijalani di dalam program berstruktur di seluruh Malaysia.
Pada majlis tersebut, CUEPACS menekankan kepentingan skim sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dicadangkan, haruslah mencukupi atau tidak kurang daripada 26% gaji pokok bagi penjawat awam baru yang memiliki status tetap dan bersara. Dato’ Dr Adnan Mat, merangkap Presiden CUEPACS, berharap agar tiga agensi utama - KWSP, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - dapat memberikan cadangan yang lebih lestari.. Beliau menegaskan bahawa perubahan yang diusulkan bukanlah untuk menghapuskan tetapi untuk menambah baik skim pencen yang tersedia ada.
Dato’ Dr Adnan juga menyatakan kepentingan penyebaran maklumat dan informasi yang tepat tentang perubahan dan pembaharuan dalam skim pencen agar tiada kekeliruan di pihak penjawat awam. Beliau juga menyeru supaya semua penjawat awam agartidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak tepat.
Dato’ Dr Adnan berharap agar kerajaan memberikan pertimbangan dalam pemberian bantuan kewangan khas menjelang perayaan Aidilfitri untuk kesemua penjawat awam dan pesara kerajaan, yang bertujuan untuk meringankan beban persiapan perayaan. Sumbangan seperti RM500 untuk penjawat aktif dan RM250 untuk pesara boleh dilihat sebagai inisiatif yang baik untuk diteruskan. Langkah-langkah program kesejahteraan kewangan diharap dapat memberikan impak yang positif kepada peningkatan pengetahuan pengurusan kewangan dan kesejahteraan ekonomi para penjawat awam di seluruh Malaysia.