5 KESAN MUFLIS ATAU BANKRUP

Sekiranya anda diisytiharkan muflis, apa kesan nama blacklist atau kesan muflis kepada anda? Berikut 5 kesan muflis kepada diri anda yang perlu anda tahu:

1. Dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)

Setelah diisytiharkan muflis, seseorang individu akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua aset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawah pengendalian KPI.

2. Aset Dirampas

Kesemua aset-aset yang dimiliki oleh individu yang muflis akan dikendalikan oleh KPI. Sebagai contoh, mana-mana rumah atau kereta milik individu yang muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI bagi digunakan untuk membayar hutang-hutang yang ada.

3. Had perjalanan

Individu yang telah diisytiharkan muflis tidak dibenarkan untuk ke luar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkamah yang membenarkannya keluar dari negara.

4. Had Pekerjaan

Bagi sesetengah profesion tertentu di Malaysia seperti peguam, akauntan dan doktor, mereka tidak dibenarkan untuk bekerja atau mempunyai sekatan terhadap individu yang muflis oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa.

Selain itu, individu yang muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat, memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan.

5. Kredit terhad

Akaun bank yang sedia ada akan dibatalkan dan individu yang muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada.

Selain itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau mendapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang. Atau maksud yang lebih mudah, individu muflis tidak boleh membuka akaun bank dan tidak boleh membeli kereta.