https://xanderia.com/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-10-at-4.04.43-PM.jpeg
960
1280
Haryth Singularity
https://xanderia.com/wp-content/uploads/2025/12/Xanderia-NewLogo-300x300.png
Haryth Singularity2026-03-14 08:58:582026-06-15 03:28:41Kembara Prihatin Negeri Sembilan: Xanderia Menyantuni Penjawat Awam Sempena Bulan RamadhanXanderia telah diberi kesempatan untuk turut serta dalam program “Kembara Prihatin Kesatuan Sekerja Negeri Sembilan” yang telah berlangsung di Dewan Wawasan, Penjara Seremban pada 9 Mac 2024. Dalam program yang bermakna ini, Xanderia turut berkongsi maklumat berkaitan “Program CUEPACS Sedia Bantu”, Gedung Takaful Xanderia, legasi serta kempen pencegahan gejala ketagihan perjudian dalam talian kepada para peserta.
Program yang memberi impak positif ini telah mempertemukan ramai penjawat awam dari seluruh Negeri Sembilan, dan kami amat berbesar hati dengan kehadiran Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKK Talhah Bin Hasim, Pengarah Penjara Seremban, PKP Zulfakri Bin Ahmad, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PKP Mohd Kolek Bin Mohamad Nor bersama Pengerusi Xanderia, En. Razi Pahlavi bin Abdul Aziz.
Sebagai sebahagian kecil sumbangan kami kepada warga kerja Jabatan Penjara Malaysia, Xanderia telah menjadi penaja tunggal bagi program ini dengan menyumbangkan 50 Kotak Prihatin berserta bantuan kepada penerima terpilih. Pihak Xanderia berharap sumbangan yang sederhana ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban saudara-saudari kita yang memerlukan. Bagi Xanderia, inisiatif sebegini bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat, tetapi lahir daripada keikhlasan hati untuk terus membantu dan memperkasakan komuniti, seiring dengan usaha mengeratkan hubungan baik bersama sektor perkhidmatan awam











